09 July 2011

Perhimpunan haram: 1,401 termasuk 13 kanak-kanak ditahan

09/07/2011 9:59pm


KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menahan seramai 1,401 orang, 10 daripadanya pemimpin parti politik kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara sehingga pukul 5 petang ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 1,273 daripada mereka adalah lelaki, 115 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Sementara itu, seramai lapan daripada mereka termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dibebaskan dengan jaminan polis pukul 6.30 petang ini.

copyright by utusan online

No comments: