22 May 2012

TOLONG JANGAN JUDGE KAMI

Assalamualaikum

Argh!!! kalau dipikir pikirkan dalam dunia nie mesti ada saja yang x kene.. x kire lah dari sudut apa pon tapi satu part nie yang aku sangat sensitif kalau ada orang sentuh.. memang lah kan kalau korang bace entry kali nie nampak macam aku nie melampau atau pon senang cakap POYO!! tapi serius aku memang xberkenan kalau orang sentuh bab nie.. bukan salah kami kenapa kami bercinta bukan salah takdir kenapa kami ditemukan.. Hmmmm aku pon xtau nak describe benda nie macam mana..

ok lah senang cerita aku sangat sangat x boleh terima apa yng orang cakap pasal hubungan aku dengan die.. xde salahnye kami nak bercinta walaupun ada talian persaudaraan yang utuh.. soal anak cacat, keturunan x berkembang, mati wali semua tu nanti lah.. just berserah pada Tuhan dan aku sendiri berserah pada Tuhan pasal jodoh nie.. tapi tolong lah jangan seksa kami..

mak abah.. mereka dah penat nasihatkan aku untuk cari pengganti die sebab die xnak ada masalah dibelakang hari.. tapi dengan sikap matang mereka, mereka terima pendapat aku yang semua tu bukan masa ni nak diperbincangkan.. sebab lambat lagi.. Walaupun aku sangat sangat nak dengan die nak jadi pemaisuri hidup die tapi aku jugak berserah pada takdir.. aku xkan buat perkara diluar batas (bunuh diri, murtad dll) kalau die bukan milik aku.. tapi itu lah.. jangan salahkan hubungan kami..

jujur aku sedang berusaha untuk menjauhkan diri dari die.. tapi aku x kuat.. aku x tau nak mengadu kat sapa, nak berkongsi susah senang, aktiviti harian dengan sapa kalau x dengan die.. kami dah lebih 6 tahun bersama.. dah macam macam kami harungi bersama.. xkan mudah untuk aku lepaskan die walaupun 2 tahun lepas aku pernah cuba dan hasilnya aku gagal.. Macam macam lelaki aku cuba kenal dan mengenali hati budi mereka.. tapi xada yang seperti dia..

ya die memang begitu.. die ada kekurangan tapi apa kurangnya aku yang hanya manusia biasa.. semua manusia xada yang sempurna sesempurnanya.. so tolonglah jangan judge hubungan kami.. aku sendiri pernah dan banyak kali tanya kat dia kalau on the phone.. "Kenapa awak nie sepupu saya??" "Kenapa saya suka kat awak?" "Kenapa saya terlalu sayangkan awak?" Kenapa ramai yang x senang dengan hubungan kite?" dan kadang2 sampai tanya perkara yang agak berdosa.. "Kenapa nasib saya mesti macam ni,, nie kan x adil.."

so korang just bayangkan seberapa banyak tanda tanya dalam hubungan nie antara aku dengan die.. Kami sendiri xnak dilahirkan dalam satu keluarga (sepupu),, Kami sendiri x nak bercinta antara sepupu.. tapi nie yang kami dapat dan aku memang x nak lepaskan die dengan cara macam nie.. Ya Allah setiap saat aku meminta kepada mu untuk kau pemudahkan jalan hidup kami.. Bukakan pintu hati kedua ibu bapa kami untuk merestui hubungan ni..

Di bulan Rejab, bulan yang amat bermakna.. yang amat suci nie aku memohon agar Kau makbulkan doa doa ku.. Dan aku memohon supaya rakan rakan yang membaca kisah hidup aku kali ini agar mendoakan hubungan kami kekal berpanjangan..

Kekuatan aku dah 50/50 sekarang.. kadang kadang sampai malas nak pikir pasal hidup sendiri.. pergi lantak sama cinta.. malas nak pikir buat sakit kepala.. tapi itu mainan SETAN.. yang menghasut aku supaya tak menunaikan tuntutan agama..

ok lah aku kena kuatkan diri untuk jalani semua nie.. so aku berharap sangat sangat korang boleh doakan apa yang terbaik untuk diri aku.. Amin~~~

Wassalam..

No comments: